follow me

Followers

Friday, December 6, 2013

PERPISAHAN YANG AMAT MEMILUKAN

ASSALAMUALAIKUM

 Peperiksaan sijil pelajaran tinggi telah pun ku laluinye dengan penuh perasaan sabar.kini aku sedang merancang apa yang harus yang aku perlu lakukan pada waktu cuti panjang ini,supaya masaku tidak terbuang begitu sahaja...

 Pada hari terakhir peperiksaan,ianya adalah hari yang amat-amat memilukan kerana aku dan sahabat karib ku yang selama ini bersama-sama berjuang,akan berpisah buat selama-lamanya....perasaan yang amat tidak terhingga itu aku dapatku hapuskan kerna melihat rakan-rakan semuanye yang selalu tersenyum apabila kami bergurau senda bersama....

 Ku bersyukur -sangat-sangat kerana mempunyai rakan yang begitu perihatin terhadap masalah ku..dikala aku sedang sedih,rakan ku akan cuba untuk memujuk aku dan membuat aku tersenyum kembali.rakanku adalah adalah sahabat yang aku cintai...

                                   
                                                   











jasamu akan aku kenang sahabat!!!!!


Friday, November 1, 2013

Penentu hala tuju hidupku

 Assalamualaikum,beberapa hari saja lagi,akan aku duduki peperiksaan besar yaitu SPM yg akan menentukan hala tuju hidupku selepas ini.Peperiksaan ini amat penting sangat-sangat bagi aku mencapai matlamat cita-cita aku yang selama ini aku impikan.

 Semakin hampir hari yg dinanti-nantikan yaitu hari peperiksaan besar SPM,semakin banayak pula ujian yang diberikan kepada diri ini.hari-hari ada saja penyakit yang mendatang.baru-baru ini,aku didatangi penyakit seperti demam dan sebagainya.bukan saja diri ini saja yg menerima penyakit sebegini,tetapi rakan-rakan rapat juga mendapat penyakit yang sama.mungkin hasil daripada tekanan yang amat kuat dan stress.

 Kesedaran untuk berhijrah ke arah yang lebih abaik mula terpancar dalam jiwa ini.apabila aku memikirkan perkara-perkara yang akan mendatang dan menjadi tugas yang wajib bagi aku  menggalas tanggungjwab yang bakal aku pikul.

 Semoga,atas apa usha yang selama ini aku usahakan membawa hasil yang boleh membanggakan ibu bapaku yang selama ini mereka berharap aku dapat pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.AMIN....

Tuesday, August 6, 2013

tahun yang paling akan diingati

 assalamualaikum,tahun ini menjadi tahun yang paling akan aku ingat sebab,dalam banyak-banyak tahun aku sekolah kat SAMDO,selalu sangat-sangat menyepi....but this year...aku tak nak ulang perkara yang sama berlaku lagi....so, i make decision to confident melakukan apa-apa sahaja tugas yang diamanahkan pada aku dan cuba utk menonjol kan diri  pada rakan-rakan,cikgu,masyarakat....dan ianya membuahkan hasil...di mana kawan aku yang selama ni 1 sekolah dah  tahun sekolah,baru ni tau nama aku dan aku ni camne orangnye....kalau dulu berkawan berkelompok,sekarang ni kawan ngan 1 sekolah...kala dulu cikgu tak berape caye ngan aku,skg ni dah mule percaya ngan aku....alhamdulillah

Friday, February 8, 2013

hari yang dituggu telah tiba

setelah beberapa bulan penantian,akhirnye tiba jua masa yang dinanti-nantikan...SMA huhuuhu . result x keluar lagi,tapi rase berdebar hati tu dahsyat!!!

berharga ke tidak aku belajar selama 1 di tingkatan 4 nengok pada keputusan nanti,insyaalah lulus

yang penting sekali aku dah buat sehabis baik,dan dah cuba sedaya upaya aku untuk lulus,sekarang ni langkah terakhir ialah tawakal......

Saturday, January 12, 2013

semangat!!!

 dulu ade jugak rasa putus asa untuk meneruskan usaha ni sebab aku didatangi mimpi kiamat,time form 3.berat semakin hari semkain naik tanpa menghiraukan akibat yang mendatang dalm hati terdetik "kiamat dah nak dekat kot maybe kene banyakkan amalan" dan aku tak kisah pon aku banyak mana pon makan.

 ada jugak la usha macam pegi joging2 sikit tapi tak berkesan.pernah jugak cuba puasa selama 1 bulan tak makan nasi mahu pun touch sikit pun,tapi malangnye selera aku menjadi-jadi pulak selepas 1 minggu tak makan nasi.

 kalau test baju mesti takde,tak ape korang pon paham2 la kan.....seluar pon camtu jugak,kalau kat sekolah selalu je jadi bahan,macam lah orang yang ejek aku tu perfect sangat

 sekarang tengah diet lagi,cuba makan nestum je,pagi ngan petang,same2 kite doakan aku berjaya dalam mengurangkan beratnye.....amin!!

Friday, January 11, 2013

awal bulan januari 2013

 kalau ditanya kepada semua orang yang bergelar pelajar,"seronok tak pegi sekolah",pasti jawapannye adalah seronok.kerana sudah terlalu lame tak berjumpa.

 begitu juga dengan aku,pagi-pagi lagi dah beratur dan bersalam-salaman dengan rakan-rakan yang hampir 2 bulan tidak bertegur,kawan ku semuanye muke berseri-seri.pada pagi tersebut kitorang yaitu kawan aku,normally dapat arahan dari pengerusi majlis untuk,nyayi lagu,duduk pastu naik dan belajar sebagaimana yang telah tetapkan.

kelas aku agak tinggi dan juga memengahkan sebab kelas aku kat tingkat 3 kat sekolah dan duduk di kelas terakhir.memang sangat penat,kawan aku selalu komplane penat naik tangga begitu juga cikgu.dalam kelas aku ngan kawan aku pilih tempat duduk pastu guru kelas kitorang masuk,dan berlaku satu masalah kecil yaitu budak perempuan tak nak mengalah,duduk tepi dan bukannye tengah,sebab budak lelaki dah cop awal-awal yang port tengah tu port lelaki,aku pon marah sangat ngan budak perempuan,dh la amik tempat duduk orang lain,pastu tak nak usaha carik meja kerusi sendiri.

 percaya tak hari pertama persekolahan,kitorang 1 kelas dh kene marah sebab TERmasuk lamabat kelas sebab kitorang,  1 kelas rehat lambat,sebabtu masuk kelas pon lambat.kitorang diberi warning untuk tidak melakukan perkara yang sama lagi,mase kelai bi.masa kelas bat pon kene jugak,aku lah yang goyah sebab aritu aku ada bayak buat masalah disiplin.selepas itu,owuuuuhhhhh....kene cubit ngan cikgu sejarah sebab ada 1 soalan tu aku tak sengaja tak buat hohoho bestnye kene cubit hihihihi.

 ada taklimat koko kat sebelah petang aku tak de la poyo sangatkan,pelajar form 4 keluar dewan macam lembu,sampai kaki aku pon diorang main pijak je,dan suara kemarahan aku juge terkeluar hohoho garangnye abang ni...hihihi,dalam ucapan taklimat koko pelajar diberi pilihan untuk memilih kelab yang disukai,aku telah memilih kelab pendidikan islam sebab mase aku lalu kat kertas yang ditampal di dinding aku seolah-olah ditarik untuk memasuki kelab tu,so aku masuk la aku tarik budak form 1,2,3,4 tapi semua orang tak nak sedihnye.....

 minggu akan datang ni akan ada merentas desa dan aku tak pasti lagi,nak pergi ke tak nak,aku ni bosa,tak tau nanti dapat nombor bape hehehe