follow me

Followers

Friday, November 1, 2013

Penentu hala tuju hidupku

 Assalamualaikum,beberapa hari saja lagi,akan aku duduki peperiksaan besar yaitu SPM yg akan menentukan hala tuju hidupku selepas ini.Peperiksaan ini amat penting sangat-sangat bagi aku mencapai matlamat cita-cita aku yang selama ini aku impikan.

 Semakin hampir hari yg dinanti-nantikan yaitu hari peperiksaan besar SPM,semakin banayak pula ujian yang diberikan kepada diri ini.hari-hari ada saja penyakit yang mendatang.baru-baru ini,aku didatangi penyakit seperti demam dan sebagainya.bukan saja diri ini saja yg menerima penyakit sebegini,tetapi rakan-rakan rapat juga mendapat penyakit yang sama.mungkin hasil daripada tekanan yang amat kuat dan stress.

 Kesedaran untuk berhijrah ke arah yang lebih abaik mula terpancar dalam jiwa ini.apabila aku memikirkan perkara-perkara yang akan mendatang dan menjadi tugas yang wajib bagi aku  menggalas tanggungjwab yang bakal aku pikul.

 Semoga,atas apa usha yang selama ini aku usahakan membawa hasil yang boleh membanggakan ibu bapaku yang selama ini mereka berharap aku dapat pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan.AMIN....